facebooktwitteryoutube
UTAMA HUBUNGI
in Aku dan Kehidupan - 23 Jun, 2016
by Qisan - no comments
Laman sesawang ..

Rakan-rakan yang saya hormati. Sedikit pengkongsian saya didalam pembinaan laman sesawang syarikat atau organisasi.

Memang tidak dinafikan bahawa sebagai sebuah syarikat atau organisasi seharusnya mempunyai laman sesawang mereka sendiri bagi menyalurkan maklumat yang diperlukan oleh pelanggan atau pun orang awam. Laman sesawang tersebut secara tidak langsung akan menjadi wajah kepada syarikat tersebut.

Kebiasaannya, laman sesawang akan berkait rapat dengan email dimana ianya akan menjadi medium rasmi untuk berkomunikasi diantara syarikat dengan orang luar atau pelanggan.

Pemilik atau pentadbir syarikat pada kebiasaannya akan melantik mana-mana vendor atau individu yang dipercayai untuk membina laman sesawang mereka dan sekaligus turut membina email syarikat yang diperlukan. Jumlah yang dibayar kepada vendor adalah berdasarkan perkhidmatan yang disediakan.

Ada juga syarikat yang tidak mempunyai budget ataupun mahu mengurangkan perbelanjaan dengan meminta kakitangan mereka sendiri membina laman sesawang syarikat atau rakan-rakan yang buat ‘part time’. Ini termasuklah syarikat yang mempunyai Department IT. Kos akan dapat dikurangkan malah kerja mereka juga akan menjadi lebih mudah.

Perhatikan kes dibawah …

Kes 1 – Laman sesawang tidak boleh dibuka dan sekaligus email juga ‘down’. Kakitangan berkenaan biasanya akan menghubungi vendor yang membina laman sesawang dan juga ‘setup’ email. Masalah timbul apabila vendor tidak dapat dihubungi.

Kes 2 – Laman sesawang ‘down’ bersama email. Kakitangan IT yang membinanya dahulu dah berhenti dari syarikat tersebut dan tidak dapat dihubungi juga.

Kedua-dua kes diatas mempunyai masalah yang hampir sama dimana laman sesawang dan email mereka tidak dapat dibuka. Orang yang diberi kepercayaan untuk membina dan menyelenggaranya telah tidak dapat dihubungi. Lebih sukar jika tiada kakitangan lain yang tahu malah pemilik syarikat sendiri pun tidak mempunyai info dan juga kepakaran bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Maklumat mengenai password cpanel, password laman sesawang, web server, email server, expire date dan sebagainya amat diperlukan

bagi membetulkan keadaan sekarang. Jika semua maklumat tersebut tiada dalam simpanan pihak pengurusan, apakah yang boleh mereka buat?

Justeru itu, diingatkan bahawa …
1. Lantiklah vendor yang dipercayai dan anda kenal.
2. Pentadbir syarikat mesti tahu dan menyimpan semua password yang berkaitan.
3. Buat perjanjian dengan kakitangan yang terlibat supaya mereka akan bertanggungjawab dengan apa yang mereka jaga.
4. Pentadbir harus tahu serba sedikit berkenaan dengan lokasi server yang menyimpan data laman sesawang anda.
5. Perlu tahu apa itu domain, hosting, server, email, website, content, images dan beberapa perkataan yang sering disebut khusus didalam pembinaan laman sesawang.
6. Keluarkan sedikit budget supaya anda senang dikemudian hari.

Share
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x