facebooktwitteryoutube
UTAMA HUBUNGI
in Aku dan Kehidupan - 09 Oct, 2011
by Qisan - no comments
Aku dan perasaan – Malam 7 Okt

309293_2342449233820_424116718_n
Perasaan bercampur gaur selepas peristiwa tersebut. apa tidaknya, orang yang aku hormat selama ini telah meletakkan diri mereka serendah-rendah martabat sebagai seorang ‘kawan’.

Bohong kalau aku katakan aku tidak kisah atau tidak terasa. Kalau selama ini mereka bersama dalam satu pasukan, nescaya mereka tidak akan sanggup memperlakukan aku sedemikian rupa. Namun mereka hanya bercakap tanpa bergerak.
Aku malu dengan apa yang telah terjadi. Seolah aku bagai tiada maruah dan harga diri kerana sanggup menjadi ‘mata duitan’ dan ‘berhati syaitan’. Malu kerana berdepan dengan ‘mereka’ yang kononnya ‘tahu’ serba serbi tetapi hanya berfikir didalam acuan mereka sendiri.

Malu kerana mereka semua ini adalah ‘kawan-kawan’ aku yang selama ini amat aku hormati malah tiada pernah aku lontarkan ayat-ayat mengeji malah membenci mereka apatah lagi bermusuh dengan mereka.

Kalau nak bercerita pasal pengorbanan, rasanya tak cukup 160 ‘character’. Cukuplah sekadar rasa hormat dan tahu bahawa aku juga mempunyai hati dan perasaan. Penting juga, jangan ada buruk sangka kerana itulah bibit persengketaan.

Aku juga mahukan yang terbaik dikalangan yang terbaik. Aku juga mahukan senyuman dan bukan mimik muka yang aku tak sanggup bayangkan …

Ya … aku seorang insan yang lemah. Mempunyai beribu kekurangan dan kesilapan dan aku hanya berupaya mohon maaf atas semua itu. Aku tidak menyimpan dendam. Siapalah aku untuk menghukum manusia yang lain.

Aku hanya berserah kepada Allah swt, mohon diberikan rahmat kepada aku, keluarga dan kawan-kawan aku.

Semoga akhir kehidupan kita diberkati oleh Nya.

09102011 : 1043pm

Share
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x