SEJARAH SEMSAS 7's
Kejohanan Ragbi 7
Sepasukan Semsas atau lebih dikenali sebagai SEMSAS 7's telah mula
diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Pengurusan SEMSAS yang diketuai
oleh Tuan Haji Hussin Abdul Rashid yang bertindak sebagai jurulatih
pasukan ragbi sekolah pada masa itu.
Dengan penyertaan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada
sekolah- sekolah seluruh negara, telah memberikan semangat dan
kekuataan kepada pihak sekolah untuk mengadakan kejohanan pada
setiap tahun. Selain daripada melibatkan sekolah-sekolah di
Malaysia, kejohanan ini juga telah mendapat penyertaan dari
sekolah-sekolah luar negara seperti Singapura dan juga Thailand.
Semenjak mula diperkenalkan, pelbagai perubahan telah dilakukan
untuk memastikan kejohanan ini menjadi batu loncatan kepada pemain
untuk terus bersedia menghadapi cabaran di dalam sukan ragbi pada
peringkat yang lebih tinggi pada masa yang akan datang. Kejohanan
ini juga sebagai salah satu saluran untuk mengetengahkan bakat-
bakat baru dalam bidang ragbi serta bakal menjadi pelapis bagi
generasi sedia ada. Selain daripada itu, kejohanan ini juga dapat
menanamkan semangat kesukanan dan mengeratkan persaudaraan diantara
pemain dan semua pihak yang terlibat di dalam penganjurannya.
Walaubagaimanapun, semenjak beberapa tahun yang lepas, kejohanan ini
tidak dapat diadakan atas sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan.
Justeru itu, Mantan Presiden Exsas sesi 2006-2008, Dato' Ir Muhammad
Imran Baharudin telah mengambil inisiatif untuk mengembalikan semula
zaman kegemilangan Semsas 7's sebagaimana terdahulu dan ini adalah
esidi yang ke 2, Exsas menjadi menganjur kejohanan.
Berkat kerjasama
diantara semua pihak yang terlibat, pasti Semsas 7's akan terus
dikenali dan disegani suatu hari nanti. Selamat Berjuang.
Safarin / Azhar
Semsas 7's 2008 Crew
|