Mengenai Kami
Eightyeight Trading & Supply
No. Pendaftaran : SA0001489-M
88 e-shoppe adalah sebuah platform e-dagang (e-commerce) yang dibina oleh Eightyeight Trading & Supply khusus bagi menjalankan perniagaan dan menjual barangan secara online. Kami juga membuka peluang kepada rakan niaga lain untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka disini dengan syarat-syarat yang mudah.
Eightyeight Trading & Supply adalah sebuah syarikat 100% milik Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan kepada jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, syarikat swasta, industri, pertubuhan dan juga orang perseorangan.
Kepakaran kami adalah seperti berikut :
- Merekabentuk, membina & mengemaskini laman web
- Membekal Cenderamata dan Hadiah
- Membekal Pakaian / t-shirt dan Kelengkapan
- Percetakan Fabrik untuk pakaian, 'banner' dan 'bunting'
- Membekal Perabot dan Alatan Pejabat
- Merekabentuk grafik dan persembahan
- Merekebentuk dan membekal papantanda
Logo Kami

Lokasi Kami
Pejabat operasi kami terletak di No. 24-1, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q, Taman Alam Budiman, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Komitmen Kami
Eightyeight Trading & Supply bersedia menawarkan perkhidmatan dan amat berkeyakinan untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut berdasarkan kepada pengalaman , kepakaran dan kemahiran, dengan komitmen yang tinggi serta perkhidmatan secara profesional kepada setiap pelanggan.